Sunday, November 1, 2009

Biarkan Belajar..

Kadang2 apa yang kita idam kita akan selalu dapat,tapi sedarkah kita apa yg kita tidak kejar kadangkala berkeciciran sama ada kita sedar ataupun tidak.Belajar untuk susah mungkin itu yang aku belajar harini,tp pd masa yg sama,patut aku hargai apa yg aku miliki walaupun ianya tidak bernilai di mata org lain.Jangan dipandang benda yang tak ada di depan mata dan sepatutnya dijaga apa yg ada di depan kita.Tak usah dicari apa yang kita sudah ada,kalau dah hilang dr pandangan mata,sesal sudah tiada gunanya.

Memang sikap manusia,diberinya betis mintak laginye peha,apa yang sudah cukup,dimintanya lagi,sampai yang tak perlu dikatan perlu.Mungkin perlu bg kita,tp mungkin tidak bg org lain yg merasakan adalah lebih penting menilai keperluan itu dr sudut yang berbeza,bukan mengikut nafsu semata mata.

Kau antara harta yang pernah aku miliki dan kerana pertolongan engkaulah,aku dapat memiliki hatinya...

**w810,dimana saja kau berada,aku mengharap aku dapat memiliki mu lagi...

Wednesday, October 28, 2009

PemberianNya

Gifted?.......

Tak ramai yg ada kelebihan semacam ini,tetapi mungkin yg ada kelebihan ini x menyedari tentang pemberianNya.Namun ada pula yg menyedari tentang pemberianNya tetapi tidak pandai untuk besryukur,malah,menindakkan kelebihan yg sama tetapi dimiliki oleh org lain.

Tidak boleh kah kita tumpang gembira dgn apa yg dimiliki orang lain?Bukan kah pemberianNya itu menjadikan setiap manusia mempunyai kelainan tersendiri dan menunjukkan bahawa manusia itu walaupun rambut sma hitam,tapi hati lain2?tepuk dada tanya selera....

Sesudah kita ada ruang dan peluang,kita tolong yang memerlukan bantuan.Bukan memekak kan telinga dan membutakan mata,jangan kita bersorak dengan kejayaan sendiri dan berasa iri hati jika orang lain melebihi apa yang kita perolehi.Sudah lah bangsa kita sudah tertinggal jauh,dinafikan pula hak bangsa sendiri,jauh mana lagi kah kita terpaksa mengejar bangsa lain yg memecut jauh kehadapan kalau sikap ini ditanam dalam benak fikiran kita?

Berubahlah..

Sunday, October 18, 2009

Dear my friends,I will Update my blog soon!;)