Wednesday, October 1, 2008
Olympics Games 2008 beijing:Should Malaysia create a new formula?
Olympics games in China were ended with thousands of history, tragedy, Incident and memories and China ended it as the host of the game leading with 47 gold medal. There is a something behind the success, whether it was a preparation or spirit among the athlete that inspire them to achieve their best achievements ever in Olympic Games history. Britain, which will be the next host for the tournament, was target to achieve at least fourth place and it was miracle when Britain achieved it before the end of Olympic Games in London. Actually, with preparation and facility that every country have, they should know that they could achieve more without depends on miracle ,and relates to Britain and China achievements ,we could say that, there are formula in order to achieve the target. As well as in Malaysia, we have world class facilities plus with preparation given by government to the athlete, unfortunately we only deserve one medal traditionally comes from the shutters’. What happened to other sports? With great facilities, we still fail to achieve it .Since our achievement still below the par, we should find other formula in order to perform in world stage because it would be something wrong if all the great facilities that we have turned to nothing when it comes to the achievements of the athletes.
Tentangan Kuota 10% kemasukan pelajar bukan bumiputera ke UiTM
Oleh:Aizat Azmi
Jerit,teriak dan rintih sebahagian pelajar Uitm di perkarangan pejabat Menteri Besar di bangunan Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah pada tanggal 12 Ogos merupakan reaksi spontan para pelajar Uitm terhadap kenyataan yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor yang juga merupakan ahli parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Dato’ Ahmad Khalid Ibrahim terhadap kenyataannya yang ingin melihat Uitm kuotanya dibuka sebanyak 10% kepada pelajar antarabangsa dan bukan bumiputera.Kenyataan yang boleh dianggap populis oleh seorang menteri berketurunan melayu ini ibarat menjual maruah Uitm dengan dijaja semata mata ingin mendapat sokongan daripada kaum bukan melayu amnya bukan Bumiputera.
Tanggal 31 ogos 2008 ini bakal menyaksikan Negara bakal menyambut kemerdekaan yang ke 51 dan dalam tempoh 51 tahun itulah hak-hak melayu dan bumiputera dipertahankan di bumi bertuah ini.Namun,akhir-akhir ini,hak-hak ini sering dipersoalkan dan apa yang dikesalkan ,hak-hak ini dipersoalkan oleh pemimpin yang asalnya memperjuangkan nasib orang melayu dan atas dasar untuk bersikap adil dan bersifat Malaysian-Malaysian,sikap pemimpin ini seolah -olah di “bentuk” oleh tekanan-tekanan daripada bangsa lain.Seperti kenyataan oleh Tan Sri Dato’ Khalid yang ingin melihat Uitm membuka kuota kepada bukan bumiputera dan pelajar antarabangsa,isu ini dianggap sensitif memandangkan uitm digarap berdasarkan apa yang telah diperuntukkan dalam perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dimana secara jelas di dalam perkara tersebut memberikan hak kepada kaum bumiputera untuk mendapat keistimewaan dan Uitm merupakan salah satu daripada keistimewaan yang dimiliki oleh kaum bumiputera.Kenyataan Tan Sri Khalid yang secara jelas menentang keistimewaan ini seolah-olah menafikan hak seramai 140 ribu pelajar Uitm di seluruh Negara untuk mendapat keistimewaan tersebut dan memperlekehkan alumni-alumni Uitm yang telah menamatkan pengajian mereka di Uitm sejak daripada penubuhannya pada tahun 1969.Yang DiPertuan Agong(YDPA) yang merupakan kepimpinan tertinggi yang mempunyai hak secara total tentang kepentingan Bumiputera dan sebarang pertikaian terhadap keistimewaan melayu boleh di ibaratkan mencabar kedaulatan Yang Dipertuan Agong memandangkan YDPA memainkan peranan dalam menjaga hak-hak keistimewaan bumiputera seperti yang termaktub di dalam perlembagaan persekutuan.Naib cancelor Uitm ,Datuk Ibrahim Abu Shah yang berang dengan kenyataan tersebut menyelar kenyataan yang mencabar hak keistimewaan kaum bumiputera dan beliau memberI amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak mempersoalkan apa yang dimiliki Uitm selama ini memandangkan Uitm merupakan Universiti tunggal di Negara ini yang menawarkan tempat kepada kaum bumiputera sahaja.
Antara sebab utama Tan Sri Dato’ Khalid mencadangkan supaya Uitm di buka kuotanya kerana beliau merasakan untuk Uitm bersaing di peringkat global,Uitm perlu memberi laluan untuk kemasukan pelajar selain Bumiputera bagi membolehkan para pelajar lebih kompetatif untuk bersaing secara sihat bagi melahirkan graduan yang benar-benar berkualiti.Persoalannya sekarang,adakah graduan yang dilahirkan Uitm selama tidak cukup kompetitf atau sekadar manamatkan pengajian dengan cukup-cukup makan sahaja?Secara jujurnya ,Beliau gagal untuk membuktikan secara kasar tentang kualiti para pelajar Uitm dan jika diikutkan kepada apa yang telah diperkatakan oleh Naib Cancelor Uitm,seramai 70% graduan Uitm bekerja di sektor swasta dimana seperti kita sedia ketahui,sektor swasta menyediakan lebih banyak ruang kepada pekerja yang betul-betul kompetatif dan beliau semestinya lebih mengetahui dalam soal ini memandangkan beliau pernah berada di sektor swasta sewaktu menjadi pengerusi syarikat ternama tidak lama dahulu sebelum berkecimpung di dalam arena politik.
Menurut kenyataan Tan Sri Khalid lagi,beliau merasakan dengan polisi Uitm yang ada sekarang yang tidak membuka uitm kepada bukan bumiputera akan menyebabkan pelajar bumiputera lemau ,belajar sambil lewa,tidak mesra(dengan kaum bukan bumiputera) dan bersahaja ketika menuntut di Uitm hanya disebabakan ketidakterbukaan polisi Uitm untuk membuka pintu kepada pelajar asing dan bukan bumiputera yang dikatakannya boleh menyebabakan tiadanya persaingan sihat di kalangan pelajar.Beliau seolah-olah memperlekehkan bangsanya serta kaum bumiputera lain dan cuba memberikan gambaran negatif terhadap sikap para pelajar Uitm tanpa ada bukti yang kukuh tentang kesahihannya.Beliau merasakan bahawa dengan kemasukan pelajar antarabangsa dan bukan bumiputera ini sahaja yang mempu untuk member saingan kepada pelajar bumiputera dan merasakan bahawa para pelajar Uitm akan terus hanyut tanpa adanya perubahan polisi ini.Satu soalan mudah untuk Yang Berhormat,teori apakah Yang Berhormat gunakan untuk berkata sebegitu?Adakah ianya betul-betul terbukti dan jika jawapan di atas kertas benar sekalipun,adakah ianya mampu untuk mengubahnya?Persaigan yang sihat ini tetap wujud dikalangan para pelajar Uitm tanpa perlu membuka pintu kepada pelajar’asing’ ini.Semuanya terletak pada hati dan sikap individu itu sendiri dimana setiap individu mempunyai kesedaran dan matlamat hidup masing-masing dimana individu ini akan menuju destinasi hidupnya bukan sahaja sekadar belajar untuk mendapat keputusan cemerlang tetapi juga dengan melihat faktor sekeliling dan keadaan sekeliling yang dimaksudkan ialah pergaulan sosial,pasaran kerja serta persaingan untuk medapatkan kerja dimana keadaan sekeliling ini memberikan mereka samangat untuk lebih kompetatif sejajar dengan keperluan negara.Apabila mereka tamat di dalam pengajian mereka,individu ini mampu untuk menghadapi realiti sebenar memandangkan mereka sudah cukup bersedia sebelum mereka melangkah keluar daripada Uitm.Pengenalan subjek-subjek tertentu yang mengfokuskan kepada perpaduan kaum amat membantu dalam mengukuhkan jati diri pelajar dan patriotisme di kalangan pelajar dimana kesannya dapat melahirkan para pelajar yang peka dengan keadaan sekeliling dan bertoleransi dengan masyarakat luar.Jika ada segelintir pelajar yang tidak mencapai taraf yang diinginkan sekalipun,tidak bermakan mereka tidak mampu dibentuk lagi kerana memang menjadi lumrah kehidupan memerlukan pengalaman serta pendedahan untuk memblehkan seseorang individu berjaya .Tidak perlulah kerana hanya segelintir pelajar yang tidak mencapai taraf,kita sanggup memperjudikan nasib kaum bumiputera dengan mengubah polisi yang ada.
Sememangnya realiti jika kita berada di luar,kita bebas untuk memperkatakan apa sahaja tanpa memikirkan tentang situasi sebenar dan satu kesilapan besar yang dilakukan beliau kerana kenyataan beliau ibarat meludah ke langit,terkena muka sendiri.Adakah beliau tidak kenal dengan menteri di Jabatan Perdana Menteri(Undang-undang),Datuk Zaid Ibrahim,Pengerusi TV3,Datuk Khalid Ridzuan ,Ahli Parlimen Pasir Mas,Ibrahim Ali,Menteri Pelancongan,Datuk Seri Azlina Othman dan ramai lagi pemimpin Negara yang mendapat pendidikan di Uitm.Mereka ini merupakan pemimpin serta professional yang telah dibentuk oleh acuan dan polisi Uitm yang sedia ada sejak sekian lama penubuhannya dan menjadi kebanggaan bagi Uitm yang dapat melahirkan alumni sehebat ini.Untuk bersikap lebih adil dan tidak hanya mamandang hanya kepada graduan terdahulu,kita lihat sahaja pencapaian para pelajar Uitm yang kita miliki sekarang yang telah banyak memenangi pertandingan,anugerah dan pingat dalam kajian bidang sains ,teknologi,seni kreatif,kejuteraan dan banyak lagi di pertandingan dalam Negara mahupun diluar Negara menjadi bukti kepada kecemerlangan Uitm bersaing dengan Universiti lain di Malaysia dan universiti di perigkat dunia.
Secara rumusannya kita dicabar dan terus dicabar dan tanpa perlu memekakkan telinga,kita harus bangkit untuk menentang dasar yang bakal memperjudikan nasib bangsa kita sendiri.Bukan niat untuk meminta simpati dengan mempolitikkan isu ini,tetapi jika nasib kita sendiri diperjudikan oleh bangsa sendiri yang tidak bertanggungjawab ini,adakah kita masih mampu berdiam diri.Ingatlah bahawa nasib Uitm berada di bahu semua bumiputera,jika runtuh Uitm,runtuhlah bangsa Melayu Bumiputera!

Subscribe to:
Posts (Atom)